Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony zv-1

Sony Malaysia Mula Membuka Pra-Tempahan Kamera Kompak ZV-1 Pada Harga RM3399

Diterbitkan Jun 4, 2020 · Dikemas kini Jun 4, 2020 oleh Meor Hasyim

Sony Malaysia kini telah mengumumkan kamera kompak terkini mereka ZV-1 kini sudah boleh dipra-tempah melalui laman rasmi mereka.

Image may contain: 2 people, phone and camera

Mengenai spesifikasi kamera, ia merupakan sebuah kamera ditujukan khas untuk golongan vlogger dengan rekaan kompak. Ia dilengkapi dengan sensor 20.1-megapixel Exmor RS bersaiz 1-inci. Selain itu, ia mampu merekod rakaman sehingga 4K 30fps atau 1080p 120fps dan mempunyai skrin LCD yang dibuka ke sisi kamera.

Untuk pra-tempahan ini, Sony memasarkan harga jualan ZV-1 ini pada RM3,399. Anda juga boleh membeli kamera tersebut bersama-sama dengan pemegangnya berharga RM3,598 (harga sebenar keseluruhan RM3,798).

No photo description available.

Tambahan lagi, anda juga akan menerima kad SD bersaiz 64GB dan bateri tambahan percuma. Pra-tempahan ini sudah dibuka bermula sekarang dan akan tamat pada tarikh 30 Jun 2020.

Maklumat lanjut: Sony Malaysia

Beli Sony ZV-1:
Lazada: https://invol.co/clomo5
Shopee: https://invol.co/clomo3

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY