Sony Kongsi Hasil Foto Dari Sensor IMX 686, Rakaman Pada Resolusi 64MP

Suatu ketika sensor kamera keluaran Sony iaitu Sony IMX 586 cukup hangat diperdebatkan ramai dan kini, penggantinya pula dikhabarkan bakal muncul sekitar tahun 2020.

Disebut sebagai Sony IMX 686, hasil foto daripada sensor tersebut telah dipertontonkan melalui sebuah perkongsian video berdurasi 2.39 minit yang pertama kali dimuat naik oleh Sony China pada laman Weibo.

Berdasarkan video, ia mampu merakam foto pada resolusi 64MP dan sudah pasti bakal menyaingi sensor kamera 64MP dari Samsung iaitu ISOCELL GW1.

Mungkin ada yang merasakan Sony agak lewat sedikit, namun kita semua sudah maklum dengan kemampuan yang mampu diberikan oleh Sony pada sensor kamera mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=MFOdB08jofs&feature=emb_title

Diingatkan bahawa resolusi video ini hanya 480p dan ia mungkin tidak memberikan gambaran sebenar tentang prestasi sensor terbabit.

Sumber: Weibo