Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PS4

Sony Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran PS4 Dan PS4 Pro

Diterbitkan Januari 4, 2021 · Dikemas kini Januari 4, 2021 oleh Amalina Athman

Sony kini dilaporkan dalam perancangan untuk menghentikan pengeluaran bagi beberapa model konsol permainan PlayStation 4. Memetik laporan Video Games Chronicle, pengguna Twitter Cheesemeister telah memuat naik imej mengenai notis penjualan PS4 di salah sebuah kedai jualan di Jepun.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau menterjemahkan notis dalam imej tersebut yang menyatakan,

“Dear customers: due to the manufacturer ending production, the following products will not be restocked.”

Antara model PS4 berkenaan termasuk PS4 500GB Glacier White, PS4 1TB Jet Black, PS4 1TB Glacier White, PS4 2TB Jet Black dan PS4 Pro 1TB Glacier White.

“Dear customers: due to the manufacturer ending production, the following products will not be restocked.”
・PS4 500GB Glacier White
・PS4 1TB Jet Black
・PS4 1TB Glacier White
・PS4 2TB Jet Black
・PS4 Pro 1TB Glacier White pic.twitter.com/nub3lxcJGX

— Cheesemeister (@Cheesemeister3k) January 3, 2021

Bagaimanapun, Sony buat masa ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perancangan untuk menamatkan pengeluaran konsol permainan PS4.

Sumber: Video Games Chronicle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY