Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xperia 5

Sony Dijangka Lancar Xperia 5 II Dilengkapi 5G

Diterbitkan April 12, 2020 · Dikemas kini April 12, 2020 oleh Meor Hasyim

Pada tahun 2019, Sony telah melancarkan 2 buah model flagship iaitu Xperia 1 dan Xperia 5 yang lebih kecil saiznya. Xperia 1 ini telah mendapat pengganti dinamakan Xperia 1 II pada bulan Februari lalu. Manakala untuk pengganti Xperia 5, sebelum ini belum ada lagi berita mengenai kewujudannya. Namun kini, sudah terdapat sedikit maklumat memberikan petanda pelancarannya.Apple Tidak Gunakan Sapphire Crystal Asli Pada Lensa Kamera IPhone?

Seperti Xperia 5 yang menjadi flagship model kecil kepada Xperia 1, Xperia 5 II turut sama akan menjadi versi kecil kepada Xperia 1 II. Saiz yang dikatakan adalah sekitar 5.6 – 5.8 inci. Menurut sumber tersebut, beliau masih belum mengetahui sama ada peranti ini akan menjadi model pengganti untuk Xperia 5, ataupun hanya sebuah model alternatif kepada Xperia 1 II.

Namun, melihat kepada tradisi Sony, jika model flagship yang dilancarkan itu adalah kecil, ia kebiasaannya merupakan model dengan spesifikasi yang hampir sama dengan flagship utamanya.

Mengenai spesikasi utama peranti ini, perkara pertama yang dinyatakan adalah ia akan menggunakan teknologi 5G. Cip pula belum lagi diketahui sama ada ia akan menggunakan cip Snapdragon 865 atau hanya kelas pertengahan seperti Snapdragon 765G sahaja.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan di Jepun pada pertengahan kedua tahun ini. Dengan maklumat yang hanya sedikit ini, mungkin juga ini merupakan sumber dan info palsu. Ada sebab mengapa ia dipanggil ura-ura.

Sumber: Androidnext

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY