Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Umum PlayStation 5 Tidak Akan Dilancarkan Dalam Tempoh 12 Bulan Mendatang

Sony Beri Amaran Harga PlayStation Mungkin Naik Jika Perang Perdagangan Berterusan

Diterbitkan Julai 31, 2019 ยท Dikemas kini Julai 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Umum sudah mengetahui tentang perang perdagangan yang melibatkan dua kuasa besar, Amerika Syarikat serta China. Rentetan daripada peningkatan tarif yang dikenakan keatas China, beberapa syarikat syarikat teknologi seperti Google dan Nintendo merancang untuk mengalihkan pengeluaran mereka dari China ke negara lain.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan peningkatan tarif import 10% kepada 25% pada beberapa barangan dari China memungkinkan barangan seperti papan induk, telefon pintar dan konsol dikenakan cukai 25%.

Kini, Sony menerusi ketua kewangan mereka, Hiroki Totoki telah memberi amaran yang mana sekiranya perang perdagangan tersebut berlanjutan, harga jualan PlayStation mungkin terpaksa dinaikkan. Syarikat masih lagi mencari cara lain bagi mengurangkan bebanan tarif tersebut, namun pembeli mungkin terpaksa menanggung sebahagian daripada kos itu.

Sony mungkin tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan tarif terbabit atau mereka mungkin memindahkan pengeluaran mereka ke negara lain seperti yang bakal dilakukan beberapa pengeluar.

Sumber: Endgadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY