Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sokongan Penyesuaian Penyegerakan VESA Untuk Kad Grafik Intel, Chris Hook

Sokongan Penyesuaian Penyegerakan VESA Untuk Kad Grafik Intel, Chris Hook

Diterbitkan September 5, 2018 oleh Wiser MY

Intel sudah pun memperlihatkan sedikit bayangan kad grafik terbaru mereka yang dijangkakan akan keluar pada tahun 2020. Ini merupakan percubaan kali pertama untuk Intel untuk menghasilkan unit grafik berasingan untuk pasaran pengguna.

Dalam pasaran yang dikuasai oleh NVIDIA dan AMD, Intel berharap dapat memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mencari solusi grafik yang sesuai untuk sistem mereka.

Untuk pasaran kad grafik dalam aplikasi permainan, kedua-dua syarikat tadi telah pun mempunyai teknologi yang dipanggil penyesuaian penyegerakan VESA ( adaptive sync) yang disasar untuk menyeragamkan fps yang dihasilkan oleh kad grafik bersama-sama fps yang dihasilkan oleh skrin paparan.

Chris Hook, Pegawai Pemasaran Intel telah ditanya persoalan samada teknologi yang disebut tadi akan turut sama disokong oleh kad grafik Intel yang akan datang. Hook memberikan jawapan YA dan merupakan peminat kepada teknologi tersebut.

Sokongan Penyesuaian Penyegerakan VESA Untuk Kad Grafik Intel, Chris Hook
Sumber: Reddit

Tidak dipastikan samada kad grafik Intel akan datang ini akan mengadaptasi teknologi sedia ada; FreeSync atau G-Sync, atau memilih untuk melakukannya sendiri dengan nama tersendiri.

FreeSync VS G-Sync

Jika Intel hanya mahu menggunakan teknologi sedia ada maka kemungkinan 2 pengeluar kad grafik akan menggunakan salah satu teknologi sedia ada yang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY