Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Terkini Mengenai Aplikasi Gerak Malaysia Dan Perjalanan Rentas Negeri

Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Terkini Mengenai Aplikasi Gerak Malaysia Dan Perjalanan Rentas Negeri

Diterbitkan Mei 5, 2020 · Dikemas kini Mei 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kita semua sedia maklum, rakyat Malaysia yang terkandas atau mahu mengambil ahli keluarga yang terperangkap di kampung perlu mengemaskini maklumat perjalanan rentas negeri terlebih dahulu.

Kemaskini tersebut perlulah dilakukan pada aplikasi Gerak Malaysia yang mana ia dibuka sejak semalam, 4 Mei 20202 dan akan tamat pada hari ini 5 Mei 2020. Analisa bagi maklumat perjalanan akan dibuat pada esok, 6 Mei 2020.

Dinyatakan juga, pengguna iOS perlu memuat turun versi terkini aplikasi Gerak Malaysia dari AppStore pada 7 Mei untuk mendaftar dan mengemaskini perjalanan.

Screenshot 2020-05-05 at 3.09.51 PM

Lanjutan daripada itu, bagi yang mahu pulang dinasihatkan supaya mengemaskini dengan segera maklumat anda terutama sekali pada bahagian alamat asal dan destinasi.

Pergerakan rentas negeri terbahagi kepada 4 hari dimana pada…

  • 7 Mei untuk orang ramai yang berada di Kuala Lumpur bergerak pulang ke kediaman masing-masing di seluruh negara,
  • 8 Mei bagi pergerakan dari Perak, Johor dan Kelantan,
  • 9 Mei dikhususkan untuk gerak keluar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta Pahang, dan
  • 10 Mei pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu ke destinasi masing-masing.

Bagi memudahkan anda yang masih keliru dan mungkin mempunyai beberapa masalah berkaitan aplikasi Gerak Malaysia ini, kami lampirkan soalan-soalan lazim (FAQ) terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM). Anda boleh rujuk FAQ terkini seperti dibawah:

  • FAQ Gerak Malaysia
  • FAQ-SKMM_Gerak-Malaysia (versi kemaskini 6 Mei 2020)
  • Soalan_Lazim_Pergerakan_Rentas

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://gerakmalaysia.gov.my/.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY