Snapdragon 8150 Ungguli Carta Penanda Aras AI

Salah satu faktor dalam memilih telefon pintar adalah berdasarkan prestasi yang ditawarkan. Selain daripada mengukur kemampuan GPU dan CPU, kebolehan AI juga antara aspek terpenting ketika ini.

Satu senarai yang mula tersebar diinternet kini membayangkan prestasi AI terbaik dari cip Snapdragon 8150 yang difahamkan masih dalam peringkat pembangunan.



Qualcomm dilihat berjaya meletakkan cip pemprosesan terbaru itu pada tangga pertama, dan prestasi yang ditunjukkan meningkat hampir satu kali ganda daripada Snapdragon 845.

Selain itu, agak mengejutkan adalah keberadaan Mediatek Helio P80 dikedudukan kedua. Ini mungkin menandakan MediaTek mungkin sudah mempersiapkan diri bersaing dengan pengeluar cip yang lain.

Namun agak menghairankan markah dari OnePlus 6 dan Google Pixel 3. Kedua-duanya menggunakan cip yang sama, tetapi Pixel 3 berbeza sedikit kerana satu teras dikhaskan untuk menguruskan pemprosesan imej dan carta ini mungkin agak meragukan.

Sumber: AI-Benchmark via GSMArena

Kredit gambar utama: iqvis