Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polis Bantuan YTL Guna Teknologi Terkini Bantu Kenal Pasti Penjenayah

Polis Bantuan YTL Guna Teknologi Terkini Bantu Kenal Pasti Penjenayah

Diterbitkan Disember 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Polis Kuala Lumpur yakin penggunaan teknologi komputer berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh Pusat Kawalan Polis Bantuan (PB) YTL Corp mampu mengekang jenayah ragut dan samun di sekitar kawasan Bukit Bintang dan Sentul Raya di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata teknologi itu bukan sahaja membolehkan wajah penjenayah dikenal pasti dengan cepat  tetapi juga mampu menganalisis persekitaran.

“Ia juga mempunyai sistem komunikasi berintegrasi yang membolehkan komunikasi masa sebenar di antara anggota bertugas dan Pusat Kawalan YTL,” katanya kepada pemberita  selepas perasmian pusat kawalan dan pelancaran PB YTL di sini hari ini.

Katanya Polis Diraja Malaysia juga meluluskan permohonan YTL Corp untuk mengambil 260 anggota PB syarikat itu yang akan diketuai oleh seorang timbalan penguasa polis.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan PB YTL diintegrasikan dalam Op Rentap untuk mencegah jenayah samun dan ragut pada masa depan memandangkan kawasan sekitar Bukit Bintang dan Dang Wangi merupakan ‘kawasan panas’ jenayah ragut dan samun.

Polis Bantuan YTL beroperasi secara berperingkat sejak 19 Sept lepas di sekitar Bukit Bintang dalam usaha pembanterasan jenayah di sekitar kawasan itu.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY