Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Akan Peruntukan Lebih Kurang 7GB Untuk Kemaskini Windows 10

Microsoft Akan Peruntukan Lebih Kurang 7GB Untuk Kemaskini Windows 10

Diterbitkan Januari 14, 2019 · Dikemas kini Januari 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi memastikan pengalaman menggunakan Windows 10 sentiasa pada tahap yang terbaik, Microsoft berusaha mendatangkan kemaskini-kemaskini untuk sistem operasinya itu.

Oleh itu, untuk mengelakkan masalah kekurangan ruang storan, Microsoft bakal memperuntukkan ruang  sekitar 7GB bertujuan menyimpan kemaskini, aplikasi, fail sementara serta sistem cache.

Ruang tersebut diperuntukan secara automatik pada komputer baru yang sedia dipasang dengan Windows versi 1903 dan ia akan hadir bagi pengguna Windows 1903 sedia ada pada masa akan datang.

Berkenaan dengan jumlah storan, ia mungkin berbeza bagi setiap pengguna tetapi dalam lingkungan 7GB.

Ciri ruang simpanan itu tidak boleh dinyahaktifkan, tetapi pengguna boleh mengurangkan saiznya dengan menyahpasang aplikasi serta ciri tambahan lain yang dirasakan tidak perlu.

Sumber: Microsoft via PC Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY