Bocoran Harga Huawei P30 Dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah

Kurang seminggu lagi Huawei P30 dan P30 Pro muncul pada acara pelancaran yang bakal dilangsungkan di Paris.

Seperti biasa, semakin dekat dengan hari pelancaran, semakin banyak informasi yang tertiris dikongsikan diinternet. Salah satu daripadanya adalah berkenaan dengan harga jualan peranti tersebut bagi pasaran Eropah.

Mengutip laporan dari laman WinFuture, harga bagi tiga model, P30, P30 Pro 128GB dan 256GB dikatakan telah diperoleh dari sumber yang dipercayai.



Bagi Huawei P30 (128GB) diletakkan pada nilai 799 euro (~RM3694), P30 Pro (128GB) 999 euro  (~RM 4618), P30 Pro (256GB) 1099 euro (~RM5080) dan versi Lite pula dilaporkan pada harga 369 Euro iaitu sekitar ~RM1705 berdasarkan tukaran matawang asing semasa. Bagi variasi P30 512GB masih belum dapat dipastikan harganya.

Harga ini pastinya akan lebih rendah sedikit untuk pasaran tempatan, oleh kerana kadar cukai yang dikenakan di Eropah adalah lebih tinggi.

Dikhabarkan juga, P30 Pro bakal memakai skrin paparan AMOLED dari Samsung. Ia dijangkakan mempunyai sisi lengkung dan takuk yang lebih kecil daripada generasi sebelumnya, P20.

Informasi ini masih belum rasmi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan maklumat sebenar pada 26 Mac 2019 nanti.

Sumber: WinFuture

 

 

Berkaitan