Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Elite

Snapdragon 8 Elite Dilihat Dapat 160FPS Untuk Permainan Red Dead Redemption

Diterbitkan November 1, 2024 oleh Rushsyafizal

Qualcomm Snapdragon 8 Elite, cip pemprosesan terkini untuk telefon pintar, membuktikan kemampuannya yang luar biasa dalam ujian prestasi terbaharu apabila berjaya menjalankan permainan Red Dead Redemption dengan kadar bingkai mencecah 160FPS.

Permainan klasik dari 2010 ini dilancarkan semula di platform PC, dan walaupun ia permainan yang sudah berusia, keupayaan cip telefon pintar untuk mencapai prestasi sedemikian menunjukkan kemajuan pesat teknologi pemprosesan mudah alih.

https://x.com/4k_isn/status/1851792778994553291

Namun, maklumat mengenai tetapan grafik, resolusi dan peranti yang digunakan untuk ujian ini tidak didedahkan. Menurut spekulasi pengguna X (Twitter) yang berkongsi gambar hasil ujian tersebut, Red Dead Redemption mungkin dijalankan pada resolusi 720p, menjadikannya resolusi yang rendah berbanding spesifikasi komputer gaming moden.

Meskipun demikian, fakta bahawa Snapdragon 8 Elite mampu menjalankan permainan AAA walaupun melalui emulator tetap menunjukkan potensi luar biasa cip ini setelah kami mencubanya sendiri.

Assassin’s Creed Rogue

Ujian prestasi ini juga menunjukkan kemajuan besar dalam industri cip telefon pintar, membolehkan peranti mudah alih sekarang memainkan permainan AAA lama yang pernah dianggap mustahil, seperti yang kami cuba pada permainan Assassin’s Creed Rogue tetapi hanya mendapatkan 61 FPS.

Walaupun ujian ini dilakukan pada permainan lama, cip Qualcomm ini dijangka mampu memberikan pengalaman gaming yang lebih tinggi untuk permainan moden.

Berkaitan

  • 'Fleckpe' Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang
  • Kedai Rasmi Infinix Kini Di Plaza Low Yat, Tawar Promosi Eksklusif
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY