Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Store Grand Opening KV

Kedai Rasmi Infinix Kini Di Plaza Low Yat, Tawar Promosi Eksklusif

Diterbitkan November 1, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix kini melangkah ke Malaysia dengan pembukaan kedai rasmi pertama di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Langkah ini mencerminkan komitmen Infinix untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Di kedai ini, pengunjung dapat melihat kesemua produk Infinix, dengan zon khas untuk gaming, fotografi, dan produktiviti. Kedai ini turut menyediakan pengalaman interaktif yang mendalam melalui demo dan nasihat produk, dengan misi untuk memperkenalkan teknologi mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Infinix Special Opening Promo 1
Infinix Special Opening Promo 2

Bermula 2 November, Infinix menawarkan MagPower Wireless Charger pada harga RM29 (harga asal RM69) dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1956 bagi pembelian model terpilih, termasuk Infinix ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 Pro, dan banyak lagi. Promosi ini eksklusif di kedai Plaza Low Yat sepanjang bulan pembukaan.

Peminat permainan akan teruja dengan cabaran 1v1 GT 20 Pro Challenge, di mana mereka boleh bertanding melawan cosplayer Honor of Kings (HOK). Selain itu, sesi Meet & Greet membolehkan peminat merakam gambar bersama karakter kegemaran mereka.

Kedai rasmi Infinix ini beroperasi setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Kunjungi Infinix Store di G-K008A, Plaza Low Yat, Jalan Bintang, Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi serta pengalaman yang menarik ini.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • OnePlus 13 Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite, Bateri 6000mAh
  • Samsung Bespoke AI Laundry Combo Dengan Teknologi AI Dilancarkan Di Malaysia
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Asus ROG Phone 9 Pro Dikhabar Hadir Dengan Skrin 185Hz

Sumber: Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY