Snapdragon 215 dijanjikan dengan prestasi yang dipertingkatkan berbanding cip sebelumnya dengan GPU lebih pantas serta sokongan dwi kamera. Ia merupakan cip pertama dalam siri 200 yang dibangunkan dengan 64 bit, berupaya memberikan 50% kali kepantasan daripada cip terdahulu seperti pengoperasian sistem operasi, melancar atau menutup aplikasi.

Penambahbaikan juga boleh dilihat pada bahagian paparan dengan ia mempunyai sokongan untuk nisbah 19.9:9 serta paparan HD+ ( 1560 x 720). Untuk kamera pula, Snapdragon 215 kini disertakan dengan dwi pemproses isyarat imej (ISP), memberikan keupayaan dwi kamera untuk rakaman potret kepada peranti kelas permulaan dan ini merupakan yang pertama bagi siri 200.
Hasil imej dikatakan lebih tajam dengan rakaman 13MP sementara video dirakam sehingga 1080p. Dengan pengenalan Snapdragon 215, kita boleh mengharapkan peranti spesifikasi rendah dapat diberikan lebih kemampuan serta ciri yang baik.
Berkaitan
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Dikhabarkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 730 dan 675
- Snapdragon 875 Mungkin Cip 5nm Pertama Dari Qualcomm
- Qualcomm Kongsi Video 8K, Dirakam Peranti Snapdragon 865
- Qualcomm Sahkan Bakal Membekal Cip Kepada Huawei
- Lenovo Yoga C630 - Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam
- Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Snapdragon 710
- Pixel 2 Mungkin Peranti Pertama Dikuasakan Cip Snapdragon 836
- 3 Model Google Pixel Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 835, Dilancar Tahun Ini
- Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris
- Snapdragon 8150 Ungguli Carta Penanda Aras AI