Skuad Baru sQreen Adalah WG.Unity

Pemain veteran CIS terkenal di kalangan rantau CIS dan Eropah dan dia sekarang menumpukan perhatian untuk rantau SEA. Dia membawa sekali seorang pemain dari Barat, Feras "Feero" Hroob dan cuba menapakkan diri di dalam rantau ini.

Pasukan dari Malaysia itu sebelum ini menggugurkan semua pemain mereka untuk membolehkan pasukan baru ini wujud. Organisasi tersebut meletakkan kepercayaan kepada pemain Rusia itu untuk mebimbing pasukan itu ke dalam musim yang baru.

Pasukan itu sebelum ini telah memenangi beberapa pertandingan skala kecil di rantau ini tetapi masih belum dapat melayakkan diri ke kejohanan terbesar Dota 2, The International.

WG.Unity mengikut jejak langkah pasukan lain yang memasukkan bakat dari luar rantau SEA dan mengharapkan kombinasi seperti ini berhasil. 3 lain pemain yang melengkapkan pasukan itu adalah Galvin "Meracle" Kang Jian Wen, Kim "Velo" Tae-sung dan Kenneth "Flysolo" Coloma.

Sumber