Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s22 ultra

Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G

Diterbitkan Jun 28, 2021 oleh Wiser MY

Sementara menunggu ketibaan peranti boleh lipat terbaru Samsung Ogos ini, timbul pula rekaan render 3D peranti flagship Galaxy S22 Ultra. Ciri paling ketara dapat dilihat adalah rekaan modul kameranya yang besar.

Berdasarkan render 3D yang dihasilkan Technizo Concept, Galaxy S22 Ultra bakal dilengkapi kamera utama 200MP, kamera ultra-lebar, dua kamera telefoto, dan laser AF serta flash.

Dengan kerjasama Olympus, ciri baru yang dijangka hadir dalam sistem kamera ini adalah teknologi zum optik berterusan dan penstabilan sensor-shift.

Manakala bahagian hadapan akan menampilkan skrin LTPO berukuran 6.81-inci dengan resolusi QHD+, kadar penyegaran adaptif, dan kamera punch-hole.

Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G

Antara lainnya, ia juga dikhabarkan akan dimuat sistem kipas penyejuk, serta dijana cip terbaru Exynos AMD dan grafik ray tracing.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bersetuju dengan perincian dan rekaan render 3D yang tersebar. Tetapi jika ia menjadi nyata, ini akan menjadi antara telefon pintar paling berkuasa oleh Samsung.

Sumber: letsgodigital

Baca juga – Samsung Galaxy Tab A7 Lite Kini Ditawarkan Buat Pasaran Tempatan

Baca juga – Samsung Mungkin Perkenal Cip Exynos Dengan GPU AMD Julai Ini

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY