Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020

Mari Sertai NASA App Challenge Kuala Lumpur 2020, Acara Hackathon Terbesar Global

Diterbitkan September 30, 2020 ยท Dikemas kini September 30, 2020 oleh Wiser MY

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, kebanyakan acara tahunan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Walaupun kita masih lagi dibelenggu dengan penularan wabak berbahaya itu, ia tidak menjadi penghalang kepada NASA Space Apps Challenge untuk dilangsungkan dan kali ini ia akan dibuat secara dalam talian.

 

 

NASA Apps Challenge Kuala Lumpur

Acara ini tidak asing lagi bagi komuniti pembangun, pengaturcaraan dan sewaktu dengannya, dimana ia kini merupakan hackathon terbesar diperingkat global.

Diadakan sejak 2012, NASA Apps Challenge kini telah menarik minat ribuan warga dari seluruh pelusuk dunia untuk menggunakan data terbuka NASA bagi mencari penyelesaian inovatif bagi menghadapi cabaran di Bumi dan angkasa.

Membawa tema “Take Action” untuk edisi 2020, NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020 dibawa untuk komuniti tempatan melalui kerjasama MDEC serta MaGIC.

NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020

Acara maya 3 hari ini bakal bermula pada penghujung minggu ini bermula dari 2 Oktober sehingga 4 Oktober. Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000, pemenang bagi Hackathon dan Ideathon, masing-masing bakal membawa pulang RM3000 dan RM1000.

NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020

Sekiranya anda dan rakan-rakan lain berminat untuk menyertai NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020, boleh tekan pautan ini (Daftar) untuk pendaftaran.

Virtual booth

Selain itu, anda juga boleh lawati laman NASA Apps Challenge Kuala Lumpur 2020 untuk melihat peluang-peluang pekerjaan melalui Virtual Booth yang disediakan penganjur.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY