Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation 5 Akan Guna Cip Baru Menjelang Tahun 2022

PlayStation 5 Akan Guna Cip Baru Menjelang Tahun 2022

Diterbitkan Mei 7, 2021 · Dikemas kini Mei 7, 2021 oleh Wiser MY

Konsol permainan paling dikehendaki tahun ini, PlayStation 5, dilaporkan akan menerima model kemas kini menjelang tahun 2022.

Menurut laporan Digitimes, pengeluar semikonduktor Taiwan TSMC ingin menghasilkan versi PS5 yang direka semula.

Namun, kemas kini ini hanya akan mengubah komponen dalaman sahaja dan bahagian luaran PS5 masih kekal sama.

Selain itu, versi yang direka semula ini akan menggantikan penggunaan cip 5nm yang terlampau mahal kepada cip 6nm daripada AMD. Perubahan ini juga dijangka akan memberi lebih kuasa berbanding versi sedia ada.

Dengan jualan sebanyak 7.8 juta unit setakat Mac tahun ini, Sony dikatakan sedang mempertimbangkan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan komponen perkakasan.

CFO Sony Hiroki Totoki berkata mereka tidak boleh meningkatkan bekalan secara drastik walaupun mensasar jumlah penjualan lebih banyak dari PS4 (untuk 2 tahun).

Sumber: NME

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY