Pengguna POCO X2 Lapor Hadapi Masalah Kamera Tidak Berfungsi

Baru-baru ini POCO melaporkan sebahagian kecil pengguna telefon pintar POCO X2 di India menghadapi masalah kamera tidak berfungsi.

Baca juga - POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia

https://twitter.com/POCOSupport/status/1404825590515916808?s=20

Oleh itu, POCO telah mengeluarkan garis panduan terperinci untuk menyelesaikan atau membaiki masalah tersebut.

Jika anda tergolong dalam sebahagian kecil yang menghadapi masalah ini, ikuti langkah-langkah berikut:

Pertama sekali pergi ke Settings dan tekan Apps.



Seterusnya pilih Manage apps.



 

 

Tekan Camera di pilihan.



Kemudian tekan Storage.



Lihat di bahagian bawah dan tekan Clear Data



Seterusnya pilih Clear all data.



Akhir sekali tekan OK untuk membuang semua data, kemudian but semula peranti anda.



Jika masalah ini masih berpanjangan, POCO menasihati pengguna untuk melawati pusat servis atau melaporkan di aplikasi Services & Feedback.

Baca juga - Peranti Gaming Redmi, POCO F3 GT Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Sumber POCO India Support

Foto utama: Republic World