Skrin Sentuh iPhone 6 Gagal Berfungsi? Anda Tidak Keseorangan

Jika anda pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dan mengalami masalah skrin sentuh, anda tidak keseorangan. Ramai pengguna iPhone telah melaporkan kejadian yang sama dimana skrin sentuh gagal berfungsi dan memperlihatkan beberapa garisan kelabu di atas paparan skrin.



Pengguna mengadu pada awalnya skrin sesentuh hanya mengalami masalah
pada waktu tertentu sehingga sentuhan skrin tidak direkodkan oleh
peranti. Tetapi selepas beberapa ketika skrin terus gagal berfungsi
sehingga perlu diperbaiki. Menurut iFixit masalah ini disebabkan saduran
cip Touch IC ke atas logic board yang tidak
dilakukan dengan baik. Lama kelamaan saduran merekah (kerana papan
elektronik melentur ketika digunakan) dan sambungan cip terputus dan ini
adalah sumber masalah yang dialami sesetengah pengguna.











Masalah yang dialami ini hanya berlaku kepada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Apple sebelum ini mencipta peranti telefon pintar mereka dengan rekaan besi kuat yang dapat melindungi seluruh logic board. Namun untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple tidak meletakkan perlindungan besi di logic board.



Beberapa orang pengguna telah memperbaiki dengan sendirinya dengan menekan skrin sesentuh supaya alat kawalan sensor sentuh dapat berhubung dengan logic board. Namun ianya hanyalah cara penyelesaian sementara kerana sensor sesentuh mungkin akan rosak dengan menggunakan cara ini. Cara yang terbaik ialah menghantar peranti iPhone anda ke kedai untuk mendapat nasihat secara profesional.