Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Memperkenalkan Fungsi ‘Snapchat’ Dengan Kemaskini Baru Untuk Messenger

Facebook Memperkenalkan Fungsi ‘Snapchat’ Dengan Kemaskini Baru Untuk Messenger

Diterbitkan Disember 16, 2016 oleh Haikel Areff

Nampaknya Facebook akan buat apa sahaja untuk bersaing dengan Snapchat. Facebook hari ini akan memperkenalkan fungsi video dengan pilihan bingkai gambar dan kesan khas 3D seperti yang dipamerkan oleh Instagram dan Snapchat. Walaupun ianya bukanlah pertama kali Facebook ‘meniru’ ciri yang diketengahkan oleh Snapchat, namun dengan penambahan baru ini, ternyata Facebook akan kelihat lebih ‘Snapchatty’ daripada aplikasi yang dibeli mereka pada tahun 2013, Instagram.

gsmarena_002-1

Fungsi ini akan diperkenalkan oleh Facebook di aplikasi Messenger untuk Android dan iOS. Butang kamera akan diletakkan di bahagian tengah skrin dan anda perlu sentuh skrin untuk mengambil gambar. Pengguna boleh menyentuh lama untuk merakam video. Melalui Messenger, pengguna dapat menambah efek khas 3D dan pelbagai lagi tamplet seperti bunga di atas kepala, ikon kartun, beribu-ribu stiker dan bermacam lagi, sama seperti yang anda dapat melalui Snapchat dan Instagram.

Yang menariknya tentang penambahan untuk Messenger ini adalah fungsi mesej yang lebih variasi dimana anda dapat menggunakan pelbagai stiker di dalam perbualan mesej anda. Anda boleh menggunakan fungsi baru ini dengan menekan ikon baru yang dipamerkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY