Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skrin Paparan Galaxy S10 Dapat Pujian Ramai, Tetapi Sedikit Pelik Pada Bahagian Sensor Pengimbas Cap Jari

Skrin Paparan Galaxy S10 Dapat Pujian Ramai, Tetapi Sedikit Pelik Pada Bahagian Sensor Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan Februari 25, 2019 ยท Dikemas kini Februari 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Keluaran telefon pintar terbaru dari Samsung, siri Galaxy S, galak dibualkan sejak minggu lalu lagi. Antara ciri yang terdapat pada model baru ini adalah sensor cap jari pada skrin paparan.

Pada awalnya, khabar angin menyatakan sensor pengimbas cap jari ini tidak dapat berfungsi jika terdapat lapisan pelindung pada skrin paparan.

Namun begitu, ia hanya sekadar khabar angin dimana sensor itu boleh berfungsi pada sebarang pelindung skrin. Menariknya, sensor ultrasonic ini juga mampu mengimbas cap jari yang basah.

Tetapi, berdasarkan perkongsian dari laman gajet dari German, AreaMobile, sensor pengimbas cari pada skrin mampu dilihat mata kasar pada pencahayaan tertentu.

Skrin Paparan Galaxy S10 Dapat Pujian Ramai, Tetapi Sedikit Pelik Pada Bahagian Sensor Pengimbas Cap Jari
Kredit foto: AreaMobile

Kami cuba meneliti Samsung Galaxy S10 pada beberapa situasi pencahayaan. Ia tidak kelihatan ketika berada dalam bilik yang terang tetapi dibawah sinaran matahari dengan tetapan kecerahan yang tinggi, hasilnya seperti dibawah.

Skrin Paparan Galaxy S10 Dapat Pujian Ramai, Tetapi Sedikit Pelik Pada Bahagian Sensor Pengimbas Cap Jari

Adakah ini hanya melibatkan unit ulasan pada media atau mungkin terlibat pada keluaran yang lain, ia tidak dapat dipastikan. Bagi sesetengah pengguna mungkin berasakan ia bukanlah masalah yang besar, tetapi pasti ada yang akan terganggu dengan “penampakkan” sensor tersebut. Adakah ini sensor “under display” yang anda mahukan? Apa pendapat anda?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY