(Video)Samsung Galaxy S10 Mungkin Hadir Dengan Pelindung Skrin Berlubang

Masih ingatkah anda mengenai laporan tentang sensor imbasan cap jari dalam skrin Samsung Galaxy S10 yang tidak menyokong pelindung skrin dahulu?

Pereka pelindung skrin nampaknya perlu membangunkan panel yang agak pelik bagi peranti ini apabila Samsung Galaxy S10 dijangka memerlukan pelindung skrin berlubang.

Malah, ia bukan memiliki satu lubang sahaja tetapi dua iaitu bagi sensor pengimbas cap jari serta sensor kamera hadapan peranti.

https://youtu.be/1WoksGm0h-s

Kredit: Mobile Fun


Melihat kepada tayangan video di atas, pelindung skrin itu kelihatan agak jelas ketika skrin peranti terpadam dan ia bagi kami agak mengganggu.

Bagaimanapun, ia dijangka hanya akan berlaku pada model Galaxy S10 dan S10+ sahaja memandangkan sensor pengimbas cap jari Galaxy S10e terletak di bahagian sisi peranti.

Seperti biasa, kita perlu menunggu sehingga acara Unpacked(20 Februari) ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

 

Sumber: GSMArena