Skrin Paparan Galaxy Note 8 Adalah Yang Terbaik Di Pasaran: DisplayMate

Panel 6.3 inci Super AMOLED yang digunakan oleh Galaxy Note 8 adalah terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang menurut DisplayMate Technologies. DisplayMate Technologies merupakan satu firma perundingan dari New Hampshire yang berkecimpung dalam kalibrasi paparan.

Terdapat banyak kelebihan Infinity Display yang digunakan oleh Samsung Galaxy Note 8 dan S 8 yang telah digariskan oleh DisplayMate. Antaranya adalah resolusi paparan QHD+ (2,960 x 1,440) yang berjumlah 521 piksel untuk saiz paparan 6.3 inci dengan aspek nisbah 18:5:9 mengguna kelebihan Sub-Pixel Rendering dan Diamod Pixels untuk menghasilkan paparan yang sangat tajam dan cantik.

Galaxy Note 8 juga mempunyai kelebihan sedikit berbanding 'abangnya' Galaxy S 8. Paparan Note 8 lebih terang dengan 1,200 nits berbanding S8, 1,000 nits. Galaxy Note 8 dan S 8 juga mendapat pensijilan Mobile HDR Premium dari UHD Alliance yang selalunya diberikan untuk TV UHD 4K yang premium.



 

Sumber