Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mate 40

Skor Penanda Aras Huawei Mate 40 Pro Didedahkan – Dilengkapi Cip Kirin 9000, Lebih Berkuasa Dari SD865

Diterbitkan Oktober 13, 2020 oleh Amalina Athman

Huawei baru-baru ini telah mengesahkan siri Mate 40 akan diperkenalkan pada 22 Oktober ini.

Kini, markah penanda aras AnTuTu yang dikatakan adalah Huawei Mate 40 Pro telah didedahkan. Menggunakan cip Kirin 9000 dengan proses 5nm serta sambungan 5G, peranti ini membawakan nombor model NOH-NX9.

markah antutu Huawei Mate 40
Skor AnTuTu

Melalui keputusan skor tersebut, peranti Huawei dengan RAM 8GB dan 256GB storan ini telah memperoleh sebanyak 693,605 jumlah markah. Ia dimuatkan dengan RAM dari jenis LPDDR5 serta UFS 3.1. Kelajuan CPU pula mencapai sehingga 3.13Ghz.

Skor Penanda Aras Huawei Mate 40 Pro Didedahkan – Dilengkapi Cip Kirin 9000, Lebih Berkuasa Dari SD865
Perbandingan Kirin 9000 dan Snapdragon 865

Dalam pada itu, skor GeekBench turut memperlihatkan peranti dengan nombor model yang sama telah memperoleh 1020 bagi single-core dan 3710 bagi multi-core. Sementara itu, cip Snapdragon 865 hanya memperoleh single-core sebanyak 925 dan multi-core 3435.

Skor Penanda Aras Huawei Mate 40 Pro Didedahkan – Dilengkapi Cip Kirin 9000, Lebih Berkuasa Dari SD865
Skor GeekBench

Dijangka lebih banyak maklumat mengenai siri Huawei Mate 40 akan didedahkan menjelang pelancaran pada 22 Oktober nanti.

Sumber: Weibo, 91 Mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY