Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion

Skor AnTuTu Lenovo Legion Didedahkan, Hadir Dengan Cip Snapdragon 865+

Posted on Julai 8, 2020Julai 8, 2020

Bulan lalu, timbul perkhabaran mengenai kedatangan sebuah model terbaharu telefon pintar gamingĀ iaitu Lenovo Legion yang dijangka akan diperkenalkan pada Julai. Terbaru, skor penanda aras AnTuTu mengenai peranti itu telah diperlihatkan.

Nombor model peranti yang diuji adalah L79031. Berdasarkan keputusan penanda aras yang diperoleh, ia mendedahkan Lenovo Legion akan didatangkan dengan resolusi 2340 x 1080p serta RAM 12GB dan 512GB storan dalaman.

skor antutu lenovo legion

Menerusi skor tersebut, ia turut memperlihatkan Lenovo Legion dikuasakan oleh cip Snapdragon 865 Plus dengan kelajuan 3.09GHz. Ia sedikit bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan cip Snapdragon 865+ tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Lenovo Legion

Terdapat spekulasi yang mengatakan Lenovo Legion akan dimuatkan dengan memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Kadar segar semula peranti ini dijangka akan mencecah sehingga 144Hz.

Bagaimanapun, masih belum ada maklumat rasmi mengenai perkara ini. Sementara itu, nantikan pengumuman dari Lenovo tidak lama lagi.

Sumber: Weibo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress