Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion

Telefon Pintar Lenovo Legion Akan Diperkenalkan Julai Ini

Diterbitkan Jun 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pasaran telefon pintar memfokuskan kepada permainan bakal menerima kedatangan sebuah model terbaharu bulan hadapan. Peranti yang dimaksudkan adalah Lenovo Legion Phone, telefon pintar gaming pertama daripada syarikat berkenaan.

Lenovo Legion

Seperti model lain dalam kelasnya, peranti ini dijangka hadir dengan spesifikasi tinggi untuk menambah baik prestasi ketika bermain. Mengikuti khabar angin yang lalu, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 serta kamera terangkat 20MP keluar sisi peranti. Desas-desus turut menyatakan ia akan menyokong paparan dengan kadar segar semula 144Hz.

Lenovo Legion
Lenovo Legion
Lenovo Legion

Sistem dwi kamera (64MP+16MP) pula kelihatan berada ditengah-tengah panel, tidak seperti rekaan telefon pintar biasa yang menempatkan lensa sedikit keatas. Tidak dapat dipastikan kapasiti memori yang akan digunakan tetapi berkemungkinan dari jenis UFS 3.0 dan LPDDR5 untuk RAM.

Dari sudut janaan kuasa pula, ia dikhabarkan tampil dengan bateri 5000mAh serta daya pengecasan pantas 90W. Harga dan tarikh spesifik pelancaran peranti ini belum didedahkan lagi.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY