Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Menasihatkan Pengguna Peranti Pintar Supaya Sentiasa Mengemas Kini Aplikasi-Aplikasi Yang Ada Di Dalam Peranti Mereka

SKMM Menerima Sebanyak 21,296 Aduan Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial Sejak Ogos Lalu

Diterbitkan November 13, 2019 oleh ariff bukhari

80 peratus daripada maklumat yang diterima adalah berkaitan kandungan berbaur perkauman.

Sejak paltfom aduan 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) diwujudkan pada 17 Ogos lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima sebanyak 21,296 maklumat dan aduan daripada orang awam.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Kementerian memaklumkan, daripada jumlah maklumat yang diterima SKMM itu, 19,968 masih dalam proses pengesahan manakala 259 maklumat telah diambil tindakan.

Tindakan yang diambil termasuklah memulakan siasatan terhadap penyebaran maklumat berkenaan, laporan penyalahgunaan dan penurunan kandungan dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial serta merujuk kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan susulan.

Kementerian juga mendedahkan, penelitian oleh pihak SKMM mendapati 80 peratus daripada maklumat yang diterima adalah berkaitan kandungan berbaur perkauman manakala 20 peratus lagi menjurus kepada isu agama.

SKMM menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan di media sosial yang mengandungi unsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) terus kepada pihak mereka menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016 220 6262 atau e-mel [email protected]

Platfom 3R membolehkan rakyat Malaysia memberikan maklumat atau aduan tentang penyebaran kandungan yang mengandungi unsur sensitif untuk memastikan tindakan dapat diambil terhadap pihak berkaitan demi keharmonian negara.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY