Ia berikutan isu penggodaman yang berlaku terhadap aplikasi mesej individu berprofil tinggi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menasihatkan orang ramai supaya memastikan aplikasi-aplikasi dalam telefon mereka sentiasa dikemas kini.
Ia berikutan pihak mereka telah menerima aduan mengenai insiden pengambilalihan akses kepada akaun yang didaftarkan atas nombor telefon milik individu berprofil tinggi baru-baru ini.
Penggodam juga didakwa telah melakukan penyamaran sebagai individu yang berpengaruh itu dan cuba mempengaruhi mangsa untuk memuat turun dan memasang aplikasi pemesejan segera seperti Telegram dan Viber ke dalam sistem telefon mangsa.
Seterusnya, mangsa akan diminta untuk berkongsi kod pengesahan (verification code) yang dihantar kepada peranti telefon milik mangsa.
Perkongsian kod pengesahan tersebut akan membuka ruang kepada penggodam untuk mengambil alih akaun berkenaan, serta mengakses kandungan-kandungan yang terhubung-kait (synchronized) dengan akaun tersebut seperti senarai hubungan (contact list) dan maklumat peribadi lain.
Kesan buruk daripada itu, ia membolehkan penggodam menggunakan akaun yang dikompromi untuk membuat penyamaran dan memperdaya penerima dalam senarai tersebut dengan menghantar pesanan palsu.
Pesanan palsu itu pula boleh memberi impak negatif kepada pemilik nombor termasuk melibatkan identiti mereka dalam kegiatan jenayah.
Oleh itu, sekiranya anda menjadi mangsa penggodaman, segera laporkan kepada pihak polis untuk penelitian dan tindakan lanjut.
Berkaitan
- Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020
- Pelajar Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM
- Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan - BNM
- Bazar Ramadan Guna Teknologi Canggih Kawal Kepadatan Pengunjung
- Google Pertingkatkan Ciri Keselamatan Aplikasi Pelayar Chrome Dengan Perkenalkan 2 Ciri Terbaru
- SKMM Memohon Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Panggilan Berkaitan Jaringan Prihatin
- Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu
- Canon U.S.A Mengesahkan Insiden Penggodaman Data Melibatkan Ransomware
- SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram
- Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini Kerana Mencuri Data Sulit Akaun Facebook Anda