Telefon Milik Peguam Negara Dan Beberapa Menteri Dilapor Telah Digodam

Beberapa telefon bimbit milik individu penting seperti peguam negara, pegawai kanan kerajaan termasuk menteri dilaporkan telah digodam pada minggu lepas.

Mengungkap laporanĀ The Edge Market, perkara itu disahkan oleh Cawangan Khas dimana laporan polis mengenainya telah dibuat.

Berikutan dari kejadian godaman tersebut, laporan turut menyatakan peguam negara, Tommy Thomas, tidak lagi menggunakan nombor telefon lama dan sudah bertukar kepada nombor yang baru.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi laporan Bernama pula memandang serius isu godam ini dan meluahkan kebimbangan perkara 'classified' (rahsia) dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan juga SKMM akan membuat kajian terperinci bagaimana isu tersebut boleh berlaku.

Sumber: The Edge Market dan Bernama