SKMM: Data Rasmi Daripada KKM Berkenaan COVID-19 Adalah Sahih

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memandang berat isu dimana sesetengah pihak yang mempersoal kesahihan data rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan COVID-19.

Ia adalah perbuatan jahat yang sengaja untuk menimbulkan kekeliruan serta mencetuskan ketidakyakinan terhadap usaha kerajaan dalam menangani COVID-19.

Sehubungan dengan itu, pihak SKMM dan PDRM sedang menyiasat kes ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahan, SKMM memberi jaminan bahawa data daripada pihak KKM yang disiar oleh saluran RTM dan BERNAMA adalah sahih.

Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa menyemak terlebih dahulu berita daripada sumber yang rasmi sebelum menyebarkannya.

Jika terdapat keraguan terhadap kesahihan berita atau maklumat, anda boleh layari www.sebenarnya.my atau buat aduan kepada Pasukan Respon Pantas (PRP).

Sumber: SKMM