Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun

KKMM Umum Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia

Diterbitkan September 15, 2021 · Dikemas kini September 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Bagi memastikan golongan  remaja dan pelajar menikmati akses internet yang berkualiti dan berpatutan serta tidak ketinggalan semasa proses PdPR, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan inisiatif Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia adalah pelan prabayar untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah. Mereka bakal menerima data 20GB untuk tiga bulan dengan hanya membayar RM10 sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30). Selain itu, 1GB data produktiviti juga diberikan setiap hari serta internet asas tanpa had.

Mana-mana remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad. Manakala pelajar melebihi 21 tahun pula perlu mendaftar menggunakan kad pelajar.

FRONT FON

Untuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia, rakyat Malaysia kini boleh memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Pelan langganan adalah serendah RM40 menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan, bergantung kepada jenis peranti dan perkhidmatan dilanggan. Pakej ini juga termasuk 1GB data percuma untuk produktiviti.

Tambahan lagi, pengguna juga layak melanggan sehingga dua pakej tersebut dengan MyKad yang sama. Sementara tempoh mendaftar pakej ini bermula 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Dengan ini, golongan pelajar bukan sahaja dapat akses internet mampu milik tetapi juga dapat memiliki peranti 4G.

Sehubungan itu, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pakej ini dari semasa ke semasa.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • Ini Sebab Utama Kenapa Masih Ramai Pengguna Malaysia Guna Rangkaian 3G – Opensignal
  • Celcom Sudah Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia Secara Berperingkat
  • Celcom Tawar Tukar Kad SIM 4G Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY