Pasti ramai di antara kita sudah melihat beberapa individu yang sudah mula menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) di platform media sosial.
Bagi mengelakkan kit tersebut dijual dengan harga tidak masuk akal memandangkan ia dijangka akan menerima permintaan tinggi pada masa hadapan, KPNDHEP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sudah menetapkan harga runcitnya, iaitu pada harga RM19.90.
Atas kerjasama KKM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga siling borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) telah ditetapkan dan akan berkuat kuasa pada 5 September 2021 . pic.twitter.com/PU79AUr8gk
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) September 2, 2021
Sementara harga borong pula adalah RM16 untuk satu set dan ia berkuat kuasa serta merta bermula 5 September ini.
Sehubungan dengan itu, setiap peniaga harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan sekiranya gagal mematuhi, individu boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
Manakala bagi syarikat, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. Oleh itu, jika anda terlihat kit tersebut dijual melebihi harga yang ditetapkan, anda boleh membuat aduan mengenainya.
Dalam pada itu, menteri kesihatan turut mengatakan kit ini akan diusahakan untuk ditawarkan secara percuma buat golongan B40.
Senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat Kelulusan Bersyarat untuk diimport dan diedarkan di Malaysia.
Kit ujian ini boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.
Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. pic.twitter.com/1nrv9UeM5d
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) July 18, 2021
Baca juga:
- Cara Tukar MySejahtera ID – Kemas Kini Nombor Telefon Atau E-Mel
- Penyelidik Bimbang Ribut Solar Ekstrem Mungkin Merosakkkan Perkhidmatan Internet Di Seluruh Dunia
- Hanya Dengan Mata Kasar Anda Boleh Melihat Planet Musytari Dengan Jelas Hingga Hujung Tahun Ini