Polis Diraja Malaysia, hari ini telah melancarkan portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman sempena Hari Polis Ke-214.
Portal ini dilancarkan seiring dengan arus semasa yang mana orang ramai telah baralih kepada transaksi dalam talian kerana ia memudahkan serta lebih cepat.
Selain itu, inisiatif ini juga dilakukan selari dengan seruan kerajaan dalam objektif MyDigital dimana untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Tambahan lagi, pembayaran melalui portal atau aplikasi MyBayar Saman ini juga tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.
Buat makluman kepada semua, bersempena pelancaran ini juga, kempen bayar saman diadakan bermula hari ini sehingga 11 April 2021 dimana ia menawarkan pengurangan kompaun sehingga 50%.
Oleh itu, ini adalah cara-cara bagaimana untuk mendaftar dan menggunakannya:
Pertama sekali, anda boleh membuat pendaftaran melalui pautan ini atau di telefon pintar.
Klik butang daftar untuk pengguna baharu. Seterusnya isi maklumat peribadi dan anda akan membuat pengesahan menerusi OTP di telefon.
Kemudian, log masuk.
Di sini, anda boleh membuat semakan sekiranya terdapat saman yang dikenakan. Jika anda mempunyai saman, tekan butang bayar di butiran saman dan pilih mod bayaran dan seterusnya boleh terus melakukan pembayaran.
Selesai, itu sahaja yang anda perlukan untuk membayar saman dengan begitu mudah.
Buat pengetahuan, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman di Android. Setakat artikel ini ditulis, aplikasi iOS masih belum tersedia buat pengguna iPhone.
Sumber: PDRM