Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

YouTube Buang Video Yang Ada Kandungan Anti-Vaksin COVID-19

Posted on September 30, 2021

YouTube mengumumkan bahawa mereka mula membuang atau padam video termasuk saluran yang dilihat cuba memperjuangkan gerakan anti-vaksin COVID-19.

Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dan memerangi orang ramai menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tepat berkaitan vaksin COVID-19.

Melalui garis panduan terbaru yang dikeluarkan, individu atau saluran tidak boleh memuat naik video yang mempunyai kandungan seperti vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan kronik, mendakwa vaksin ada bahan yang bukan daripada senarai bahan vaksin, mengatakan vaksin ini adalah agenda untuk mengurangkan populasi bumi dan sebagainya.

https://www.youtube.com/watch?v=4MpAKk1M-Ok&t=56s

Bagaimanapun, YouTube masih membenarkan video dengan kandungan yang membincangkan polisi vaksin, percubaan vaksin baharu dan sejarah keberkesanan vaksin agar membuka ruang untuk komuniti berbincang.

Menurut YouTube, sejak tahun lepas, mereka sudah memadam lebih daripada 130,000 video yang melanggar polisi video COVID-19 mereka.

Jika dilihat, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh pelosok dunia hadir dengan golongan anti-vaksin. Pelbagai hujah yang cuba diberikan mereka seperti menyebabkan sudu melekat di badan, cip 5G (walaupun di Malaysia 4G pun masih belum meluas), menyebabkan lumpuh, agenda iluminati atau berserah sahaja pada Tuhan dan banyak lagi.

Sumber: YouTube [1,2]

Baca juga:

  • Kenapa Anda Perlu ‘Check-out’ Selepas ‘Check-in’ Dalam Aplikasi MySejahtera?
  • Panggilan Telefon Dan SMS Dari KKM Bagi Pemantauan Adalah Benar
  • Individu Palsukan Sijil Suntikan Vaksin Akan Didakwa Di Mahkamah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress