Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun

KKMM Harap Syarikat Telekomunikasi Bagi Kualiti Rangkaian Sama Rata

Diterbitkan Oktober 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini mengatakan mereka mahu syarikat-syarikat telekomunikasi bersama-sama dalam membantu kerajaan untuk meningkatkan rangkaian komunikasi terutama di kawasan luar bandar.

Selain itu, menterinya Tan Sri Annuar Musa turut berkata syarikat telekomunikasi juga harus menawarkan perkhidmatan yang sama rata tidak kira di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Tambahnya, syarikat-syarikat tersebut jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sebaliknya harus juga meningkatkan kualiti. Malah, beliau ada menyatakan kebiasaannya mereka tidak berapa minat melabur di kawasan yang kurang memberikan pulangan.

Disebabkan itu, masyarakat luar bandar khususnya sering mengeluh terhadap kualiti rangkaian komunikasi yang diberikan. Jika diikutkan, sepatutnya perkara ini dari dahulu lagi perlu dilakukan.

Manakan tidak, masyarakat bandar atau luar bandar sekali pun, masing-masing membayar pelan yang sama. Namun, kualiti yang mereka terima tidak sama.

Apa-apa pun, bagi anda yang mempunyai masalah perkhidmatan rangkaian, anda boleh membuat aduan di portal JENDELA.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • iOS 15.1 – Ini Apa Yang Baharu

  • Liputan 4G Di Seluruh Negara Sudah Meningkat Sebanyak 2.2% Berbanding Tahun Lalu

  • Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia Kini Boleh Dilanggan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY