Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem VAR Tiba Di Malaysia, Bakal Digunakan Dalam Liga M

Sistem VAR Tiba Di Malaysia, Bakal Digunakan Dalam Liga M

Diterbitkan November 28, 2023 oleh Amal Addin

Empat set sistem video bantuan pengadil (VAR) telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sistem tersebut akan digunakan untuk latihan pengadil dalam liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan perkara itu dan menyatakan bahawa VAR akan digunakan dalam Liga M musim hadapan.

Kesemua peralatan VAR sedang diuji dan MFL sedang membuat pilihan untuk mendapatkan tajaan bagi trak yang akan mengangkut teknologi tersebut ke setiap tempat perlawanan Liga M.

Peralatan tersebut adalah termasuk dengan semua peralatan yang diperlukan seperti pelayan dan skrin sentuh. Dilaporkan bahawa, VAR akan dilaksanakan menggunakan trak mudah alih.

Sistem VAR Tiba Di Malaysia, Bakal Digunakan Dalam Liga M

MFL bakal mengajukan permohonan untuk kelulusan penggunaannya kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Februari 2024 sebelum menggunakan VAR dalam saingan liga domestik yang bermula pada April 2024.

Pada September 2023 lalu, Datuk Stuart mendedahkan bahawa penggunaan sepenuhnya teknologi VAR dalam Liga M musim depan akan menelan belanja RM9.7 juta.

Sejumlah 20 pengadil tempatan bakal terlibat dalam latihan Video Bantuan Pengadil (VAR) fasa ketiga bermula 20 November hingga 4 Disember sebagai langkah untuk mempersiapkan mereka bagi mengadaptasi teknologi tersebut ketika penggunaannya dalam Liga Malaysia.

Berkaitan

  • AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia
  • "Detumbler" Dilancar Ke Orbit Bumi, Peranti Menstabilkan Sampah Angkasa
  • China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
  • Bomba Lepas Ini Lebih Pantas Bertindak Dengan Sistem Pemintas Frekuensi Radio
  • Nissan Hyper Force, "Godzilla' Versi EV Masa Hadapan Mesra Alam

Sumber: hmetro, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY