Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bomba Lepas Ini Lebih Pantas Bertindak Dengan Sistem Pemintas Frekuensi Radio

Bomba Lepas Ini Lebih Pantas Bertindak Dengan Sistem Pemintas Frekuensi Radio

Diterbitkan November 16, 2023 oleh Amal Addin

Enam pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Alor Setar telah melakukan satu inovasi dengan membina sebuah peranti Sistem Pemintas Frekuensi Radio (AFIS) yang berupaya memintas frekuensi radio kenderaan di hadapan.

Mereka telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 yang telah dijalankan baru-baru ini.

Modal yang dikeluarkan untuk membangunkan sistem tersebut adalah RM822. Namun, pulangan yang mereka dapatkan hasil kemenangan berlipat kali ganda daripada apa yang dikeluarkan. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM1 juta hasil daripada kemenangan tersebut.

Pasukan yang diwakili oleh enam orang pegawai bomba tersebut diberi nama “Alor Setar Troopers”. Diketuai oleh Ketua BBP Jalan Raja merangkap Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah.

Bomba Lepas Ini Lebih Pantas Bertindak Dengan Sistem Pemintas Frekuensi Radio
Gambar sekadar hiasan

Ahmad Naufal menerangkan bahawa AFIS berfungsi sebagai pemintas frekuensi radio kenderaan yang berada di hadapan untuk memberitahu keberadaan kenderaan agensi penguatkuasa yang dalam kecemasan di belakang mereka. Tujuannya adalah supaya pengguna jalan raya lebih peka untuk memberi laluan dengan segera.

Tambahnya lagi, AFIS ketika ini telah ditetapkan untuk memintas frekuensi radio pada jarak 200 meter sahaja. Namun, kemampuan AFIS lebih daripada itu kerana ia mampu memintas dengan jarak lebih jauh. Akan tetapi, ianya memadai hingga 200 meter sahaja untuk kegunaan bomba dan agensi penguatkuasa lain.

Inovasi ini tercipta hasil daripada pengalaman mereka sendiri yang pernah melalui situasi terjebak dalam kesesakan lalu lintas menuju ke lokasi kemalangan.

Peranti ini amat berguna untuk digunakan di kawasan di bandar atau jalan raya yang sering berlaku kesesakan lalu lintas. Selain itu, penggunaan AFIS juga dijangka mampu mengurangkan tempoh tindakan terhadap kes kecemasan seperti yang disasarkan sebelum ini iaitu daripada 10 minit kepada 8 minit.

Bomba Lepas Ini Lebih Pantas Bertindak Dengan Sistem Pemintas Frekuensi Radio
Gambar sekadar hiasan

Beberapa pihak yang telah mencuba tahap keupayaan AFIS memberi maklum balas positif. Mereka turut memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk memanfaatkan peranti tersebut bagi memudahkan urusan kerja masing-masing.

Peranti ini juga telah dipatenkan dengan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) malah turut mendapat apresiasi daripada Taman Teknologi Malaysia (TPM). Maklum balas daripada agensi lain yang turut mencuba AFIS juga baik.

Selain itu, mereka juga pernah membawa peralatan tersebut kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk diuji oleh mereka. Respon mereka juga positif kerana mereka turut menunjukkan minat terhadap AFIS.

Jika produk ini mampu ditambah baik dan dikembangkan lagi, tidak mustahil produk ini mampu dikomersialkan serta diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Berkaitan

  • KKM Perjelas "Penyakit X", Elakkan Bimbang Berlebihan
  • KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna
  • Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI
  • ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

Sumber: Utusan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY