Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelajuan Internet Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-9 Asia Pasifik

China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s

Diterbitkan November 15, 2023 oleh ariff bukhari

China menerajui penawaran servis internet dunia apabila mereka melancarkan perkhidmatan internet generasi akan datang yang berkelajuan 10 kali lebih pantas daripada laluan utama sedia ada.

Pencapaian itu adalah mengejutkan kerana ia adalah 2 tahun lebih awal daripada apa yang diramalkan industri.

Rangkaian tulang belakang yang membentuk laluan data utama antara bandar itu boleh menghantar data pada kelajuan 1.2 terabit (1,200 gigabit) sesaat antara utara Beijing, Wuhan tengah China dan Guangzhou di wilayah selatan Guangdong.

Talian kabel gentian optik itu yang menjangkau lebih 3,000km, telah diaktifkan pada bulan Julai lalu dan dilancarkan secara rasmi pada hari Isnin, selepas menunjukkan prestasi yang boleh dipercayai dan melepasi semua ujian operasi.

Menerusi rangkaian itu, ia boleh menghantar bersamaan dengan 150 filem sesaat, tiga kali lebih pantas daripada pesaing terdekat di AS.

Kejayaan itu adalah hasil kerjasama antara Universiti Tsinghua, China Mobile, Huawei Technologies dan Cernet Corporation, sekaligus memecahkan ramalan pakar bahawa 1 terabit sesaat rangkaian ultra berkelajuan tinggi tidak akan muncul sehingga sekitar 2025.

Kebanyakan rangkaian tulang belakang internet dunia beroperasi pada hanya selaju 100 gigabit sesaat. Malah Amerika Syarikat baru sahaja menyelesaikan peralihan kepada Internet2 generasi kelimanya yang berkelajuan 400 gigabit sesaat.

Berkaitan

  • Time Kekal Penyedia Internet Tetap Terpantas Di Malaysia - Ookla
  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia

Sumber: SCMP, Korea Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY