Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Frontier AMD Supercomputer

AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia

Diterbitkan November 15, 2023 · Dikemas kini November 15, 2023 oleh ariff bukhari

AMD memaklumkan bahawa cip pemprosesan mereka terus menerajui komputer-komputer terpantas di dunia. Pengumuman AMD ini dibuat selepas komputer super Frontier sekali lagi dinobatkan oleh TOP500 sebagai komputer paling berkuasa di dunia.

Frontier yang terletak di Makmal Kebangsaan Oak Ridge (ORNL), Amerika Syarikat (AS) dikuasakan oleh dengan cip pemprosesan AMD EPYC 64C 2GHz berasaskan seni bina HPE Cray EX235a terkini.

Sistem pada Frontier ini mempunyai sejumlah 8,699,904 gabungan teras CPU dan GPU.

Selain itu, Frontier mempunyai penarafan kecekapan kuasa yang mengagumkan sebanyak 52.59 GFlops/watt dan bergantung pada rangkaian Slingshot 11 HPE untuk pemindahan data.

Frontier AMD Supercomputer
Perkakasan sistem Frontier.

Selain Frontier, AMD turut menguasakan 139 komputer super yang ada  dalam senarai TOP500.

“Teknologi AMD terus berada di barisan hadapan dalam menyelesaikan cabaran paling penting di dunia. Perkongsian kami dengan makmal kebangsaan dan kemudahan penyelidikan di seluruh dunia mempercepatkan penemuan saintifik, sambil memacu tahap pemahaman baharu untuk perkara kritikal seperti kesihatan, tenaga, fizik dan banyak lagi,” Forrest Norrod, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Kumpulan Penyelesaian Pusat Data, AMD.

Untuk edisi ke-62 TOP500 menunjukkan, pemproses Intel, AMD dan IBM menjadi pilihan utama untuk sistem HPC (Pengkomputeran berprestasi tinggi).

Daripada TOP10, 5 sistem menggunakan pemproses Intel Xeon (Aurora, Eagle, Leonardo, MareNostrum 5 ACC dan EOS NVIDIA DGX SuperPod), dua sistem menggunakan pemproses AMD (Frontier dan LUMI) dan dua sistem lagi menggunakan pemproses IBM (Summit dan Sierra .)

Berkaitan

  • Frontier Rampas Takhta Fugaku Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia
  • Ini Senarai Tarikh Dan Model Telefon Pintar Galaxy Yang Akan Terima One UI 6.0
  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember

Sumber: Siaran media AMD, TOP500

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY