Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nissan Hyper Force

Nissan Hyper Force, “Godzilla’ Versi EV Masa Hadapan Mesra Alam

Diterbitkan November 16, 2023 · Dikemas kini November 16, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta terkemuka dari Jepun, Nissan telah mendedahkan kereta elektrik (EV) konsep masa hadapan berprestasi tinggi yang dikenali sebagai ‘Nissan Hyper Force’.

EV konsep itu telah didedahkan untuk tatapan umum di Pertunjukan Mobiliti Jepun yang berlangsung pada Oktober 2023 lepas.

Nissan berkata, “Hyper Force  adalah supercar berkuasa elektrik sepenuhnya yang bertujuan untuk memberikan keseronokan pemanduan yang terbaik di samping menawarkan prestasi alam sekitar yang tinggi dan keselesaan untuk kegunaan harian.”

Nissan Hyper Force, “Godzilla’ Versi EV Masa Hadapan Mesra Alam
Bahagian luar diperbuat daripada karbon berkekuatan tinggi dan ringan mencapai prestasi aerodinamik maksimum yang dibangunkan bersama-sama pasukan perlumbaan NISMO.

EV itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,000kW dengan pecutan yang tepat dan pantas yang dipacu dari rangkaian kuasa elektrik keluaran tinggi dengan bateri keadaan pepejal yang memberikan imbangan berat optimum.

EV konsep ini menampilkan dua mod pemanduan, “R” (perlumbaan) dan “GT” (grand touring). Antara muka pengguna grafik akan menukar warna dan paparan mengikut mod yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Polyphony Digital Inc.

Nissan Hyper Force
Dalam mod R, kabin akan menyala dengan warna merah.
Nissan Hyper Force
Dalam mod GT, kabin akan menyala dengan warna biru

Nissan Hyper Force mungkin adalah kereta EV konsep berprestasi tinggi masa hadapan yang akan meneruskan legasi model Nissan GT-R yang juga lebih dikenali sebagai ‘Godzilla’.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
  • ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

Sumber: Nissan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY