Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Detumbler” Dilancar Ke Orbit Bumi, Peranti Menstabilkan Sampah Angkasa

“Detumbler” Dilancar Ke Orbit Bumi, Peranti Menstabilkan Sampah Angkasa

Diterbitkan November 15, 2023 · Dikemas kini November 15, 2023 oleh ariff bukhari

Orbit bumi boleh menjadi tempat yang huru-hara dengan serpihan kapal angkasa yang sudah tidak berfungsi.

Jadi, untuk menangani isu serpihan angkasa yang semakin meningkat, Airbus telah  mencipta peranti baharu yang direka khusus untuk mengelakkan satelit yang sudah tidak berfungsi daripada bergoyang tidak terkawal.

Peranti itu yang dinamakan sebagai “Detumbler” telah pun dilancarkan pada hari Sabtu 11, November 2023 di atas roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg California.

Airbus menjelaskan, Detumbler ialah peranti magnetik untuk dipasang pada satelit yang hampir penghujung hayatnya.

Dengan berat sekitar 100 gram, Detumbler mempunyai roda pemutar tengah dan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi, yang bertindak menghalang pergerakan yang tidak diingini apabila satelit yang tidak berfungsi mula jatuh.

Airbus Detumbler-CopyrightAirbus
Dibangunkan pada 2021 oleh Airbus dan disokong oleh Agensi Angkasa Perancis CNES di bawah inisiatif Tech4SpaceCare, Detumbler ialah peranti redaman magnet yang akan dipasang pada satelit.

“Detumbler dilengkapi roda rotor tengah dan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi. Apabila satelit terbang secara normal, pemutar bertindak seperti kompas mengikut medan magnet, tetapi sekiranya kapal angkasa mula terhuyung-hayang, pergerakan pemutar mendorong arus pusar bertindak seperti tork geseran sehingga meredam gerakan.” Airbus.

Demonstrasi dalam orbit Detumbler dijadual dilaksanakan pada awal 2024 dalam misi dari Exotrail (SpaceVan). Ujian detumbling khusus akan berlaku untuk mengesahkan keupayaan Detumbler untuk melembapkan pergerakan.

Berkaitan

  • Syarikat Ini Terima Kontrak NASA Bernilai RM3.9 Juta Untuk 'Kutip' Sampah Angkasa
  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia

Sumber: Airbus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY