Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-14 at 12.15.04 PM

Sistem Tempahan AirAsia Bakal Tergendala, Beri Ruang Kerja Naik Taraf

Diterbitkan Januari 14, 2019 · Dikemas kini Januari 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi anda yang bakal menggunakan penerbangan AirAsia pada hujung minggu ini, syarikat tambang murah tersebut telah mengumumkan sistem tempahan dalam talian mereka akan dihentikan seketika.

Ia bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja naik taraf yang akan bermula pada jam 2 petang hari Sabtu bersamaan 19 Januari 2019. Proses penambahbaikan sistem itu akan berlanjutan sehingga jam 3 pagi hari Ahad, 20 Januari 2019.

Dalam tempoh itu, penumpang tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan seperti daftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan.

Pihak AirAsia  menasihatkan agar penumpang mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf itu dan mencetak pas masuk penerbangan atau menggunakan pas masuk elektronik.

Daftar masuk menerusi laman web dan aplikasi mudah alih boleh dibuat 14 hari sebelum tarikh penerbangan bagi AirAsia dan AirAsia X.

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, penumpang  disarankan untuk berada dilapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu yang dijadualkan.

#AirAsia upgrading reservation systemshttps://t.co/KTovSm5zkl

— AirAsia (@AirAsia) January 14, 2019

Kredit foto utama: AirBus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY