Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei os

Sistem Operasi Huawei Dijangka Hadir Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan Mei 23, 2019 · Dikemas kini Mei 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Terdahulu, Huawei pernah menyuarakan rancangan mereka berkenaan pembangunan sistem operasi tersendiri bagi mengoperasikan telefon pintar serta komputer.

Sebelum ini diibaratkan sebagai “Plan B”, sistem operasi itu nampaknya bakal ditawarkan penghujung tahun ini sekiranya sekatan oleh Amerika Syarikat masih berjalan.

Memetik laporan dari CNBC, salah seorang ketua eksekutif Huawei, Richard Yu, menyatakan mereka masih lagi komited dengan Windows dan Android tetapi jika tetap dihalang secara kekal, barulah sistem operasi tersendiri itu diperkenalkan.

Difahamkan, sistem operasi itu akan menyokong setiap produk dan ekosistem Huawei termasuklah seperti telefon pintar, komputer, tablet, TV dan lain-lain. Yu juga menyebut ia akan serasi digunakan dengan aplikasi Android dan aplikasi web sedia ada.

Tempoh hari, Amerika Syarikat telah memberikan tempoh lanjutan selama 90 hari  kepada Huawei untuk mengendalikan rangkaian serta kemaskini perisian kepada peranti sedia ada.

Huawei ketika ini dikatakan masih berbincang dengan Google berkenaan isu yang berlaku.Adakah sekatan ini bersifat sementara atau kekal berpanjangan, sama-sama kita nantikan keputusan dari perbincangan itu dimasa akan datang.

Sumber: South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY