Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei logo

Huawei Bangunkan Sistem Operasi Sendiri Untuk Telefon Pintar Dan Komputer

Diterbitkan Mac 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Konflik yang berlaku antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat masih belum berpenghujung. Tempoh hari, syarikat dari China itu juga sudah membuat sidang media menyatakan mereka sudah memfailkan saman terhadap negara terbabit lanjutan dari sekatan yang dibuat.

Baru-baru ini pula, kedengaran laporan menyatakan Huawei sudah membangunkan sistem operasinya tersendiri. Sistem operasi itu dikatakan sudah mula dibangunkan sejak 2012 lagi, ketika mana Amerika Syarikat mula menyiasat Huawei dan juga ZTE.

Dengan pembangunan sistem operasi tersebut, ia ibarat “plan B” buat Huawei sekiranya mereka dikenakan larangan dalam menggunakan produk AS. Seperti yang semua sudah maklum, Android dan Windows dibangunkan oleh Google dan Microsoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, memetik laporan South Morning China Post, jurucakap Huawei menyatakan mereka mempunyai sistem backup tetapi digunakan untuk keadaan tertentu dan tidak mengharap untuk menggunakannya. Turut dinyatakan, Android dan Windows akan sentiasa menjadi pilihan utama mereka.

Sumber: South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY