Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM NG999

Sistem Panggilan Kecemasan Baharu NG999 Akan Gantikan MERS999

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh Amalina Athman

TM dan Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan dan mengendalikan sistem respons kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999). Ia akan berfungsi sebagai pengganti Malaysian-Emergency Responses 999 (MERS999) sedia ada.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kementerian Digital Dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Anjur Program U-Digitaloka
  • Sarawak Perkenal Pelan 'MySRBN Home Prepaid', Serendah RM5/Minggu Untuk 200GB

Menurut TM, NG999 ialah sistem digital strategik bersepadu yang akan meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi pusat yang berkaitan.

Sistem baharu ini akan mengintegrasikan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi dan aplikasi pintar mudah alih ke dalam pengendalian insiden kecemasan serta masa tindak balas yang menambah baik bantuan kecemasan di seluruh negara.

NG999 juga bakal memanfaatkan teknologi canggih termasuk analisis data dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan mutu komunikasi antara pemanggil dengan petugas bantuan kecemasan, sekali gus mempercepat saluran perkhidmatan.

Sejajar dengan peningkatan penggunaan mudah alih negara, TM juga akan memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu untuk NG999 yang membolehkan kemas kini melalui teks, foto dan video untuk pengguna berdaftar.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching melalui Bernama berkata sistem panggilan kecemasan baharu itu dijangka beroperasi selewat-lewatnya tahun depan. Tempoh konsesi selama 12 tahun, iaitu sehingga 2036 – 1 tahun pembangunan, 11 tahun mengurus perkhidmatan.

Sumber: TM Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY