Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 8 pro

Sistem Audio OnePlus 8 Pro Merupakan Teknologi Kerjasama Dengan Nokia OZO

Diterbitkan April 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Nokia baru sahaja mengumumkan peranti terkini OnePlus iaitu OnePlus 8 Pro disokong oleh teknologi khusus audio dari Nokia OZO. Pada 8 Pro, ia mempunyai sehingga 3 mikrofon yang membolehkan peranti tersebut menyokong teknologi khas OZO iaitu Audio 3D, Audio Zoom, dan Audio Windscreen.

Audio 3D membolehkan peranti untuk merakam audio video secara realistik dan spatial. Audio Zoom pula membolehkan peranti mendengar lebih jelas objek yang dizum, dan Audio Windscreen pula memastikan audio kekal jelas walaupun dalam suasana berangin.

Ini bukan merupakan teknologi yang akan digunakan sekali sahaja untuk model OnePlus 8 Pro kerana Nokia telah melesenkan teknologi Audio OZO ini kepada OnePlus. Pada masa akan datang, mungkin kita boleh melihat lebih banyak peranti OnePlus yang turut menyokong teknologi ini.

Teknologi OZO Audio ini hanya terdapat pada model OnePlus 8 Pro sahaja dan tiada pada model OnePlus 8 biasa. Sebelum ini juga pun telah banyak peranti yang menggunakan teknologi OZO malah peranti Nokia sendiri turut dimuatkan dengan teknologi sama.

Sumber: Nokia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY