Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi 15 dan dalam masa yang sama memperkenalkan tablet terbaru mereka, Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro. Walaupun dikategorikan sebagai tablet andalan, kedua-duanya menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 8s Gen 3 untuk Pad 7 Pro dan Snapdragon 7+ Gen 3 untuk model standard, bagi mengekalkan harga yang kompetitif.
Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro hadir dengan paparan LCD bersaiz 11.2-inci yang menawarkan resolusi 3,200 x 2,136 (3.2k), kadar penyegaran 144Hz, dan kecerahan puncak 800 nit. Kedua-dua model mengekalkan teknologi LCD, walaupun terdapat desas-desus awal tentang kemungkinan penggunaan OLED untuk model Pro.
Dari segi kuasa, kedua-dua tablet ini dilengkapi dengan bateri 8,850 mAh. Model Pad 7 menyokong pengecasan 45W, manakala Pad 7 Pro dilengkapi dengan pengecasan 67W, yang pastinya memberi kelebihan dalam pengecasan pantas. Kedua-duanya turut menyediakan pengimbas cap jari di sisi peranti untuk pengesahan biometrik.
Untuk kamera, Xiaomi Pad 7 menawarkan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP, manakala Pad 7 Pro tampil lebih unggul dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan 32MP. Ia sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya bagi pengguna tablet. Kedua-dua tablet ini menjalankan HyperOS 2.0.
Kedua-dua model hadir dalam varian storan 8GB/128GB, 8GB/256GB, dan 12GB/256GB. Model Pad 7 Pro menawarkan pilihan tambahan 12GB RAM dengan storan 512GB. Tersedia dalam warna hitam, biru, dan hijau, berikut adalah harga jualan bagi setiap varian:
- Pad 7 8GB + 128GB – 1999 yuan (~RM1,231 )
- Pad 7 8GB + 256GB – 2299 yuan (~RM1,416)
- Pad 7 12GB + 256GB – 2599 yuan (~RM1,601)
- Pad 7 Pro 8GB + 128GB – 2499 yuan (~RM1,539)
- Pad 7 Pro 8GB + 256GB – 2799 yuan (~RM1,724)
- Pad 7 Pro 12GB + 256GB – 3099 yuan (~RM1,909)
- Pad 7 Pro 12GB + 512GB – 3499 yuan (~RM2,155)
Buat masa sekarang, belum pasti lagi bilakah tablet tersebut akan dibawa masuk ke pasaran global dan juga tempatan.
{suggest}
Sumber: Gizchina