Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (22)

Xiaomi HyperOS 2 Rasmi, Lebih Berprestasi, Lebih AI

Diterbitkan Oktober 30, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi telah melancarkan HyperOS 2, sistem operasi terbaharu yang membawa beberapa peningkatan teknologi utama pada peranti di China. Antara teknologi utama yang diketengahkan ialah HyperCore, HyperConnect, dan HyperAI.

Screenshot 2024-10-30 141129

HyperOS 2 kini hadir dengan pengurus jadual baharu, pengurusan memori dan sumber I/O yang diperbaharui, serta pipeline rendering yang dioptimumkan. Xiaomi juga menjanjikan “kemajuan teknologi berterusan” dalam sambungan Bluetooth, Wi-Fi, dan 5G untuk pengalaman jaringan yang lebih stabil dalam pelbagai keadaan.

Xiaomi HyperOS 2 Rasmi, Lebih Berprestasi, Lebih AI

Pengguna kini boleh menikmati skrin kunci yang dihasilkan menggunakan AI, latar hias (wallpaper) dinamik, dan paparan cuaca 3D yang lebih realistik.

Xiaomi HyperOS 2 Rasmi, Lebih Berprestasi, Lebih AI

Antara muka halaman utama juga menerima susun atur baharu dengan lebih banyak widget dan animasi yang lebih halus. Fungsi pintar lain termasuklah pengawalan telefon melalui tablet, clipboard silang peranti, serta rakaman video rentas peranti.

Screenshot 2024-10-30 141038

Xiaomi telah menambah sistem keselamatan berasaskan cip untuk melindungi peranti pada tahap perkakasan dan perisian. Mereka menjanjikan kawalan privasi yang ketat dengan penyulitan untuk data awan dan peranti dengan penyediaan Xiaomi HyperCore.

Xiaomi HyperOS 2 Rasmi, Lebih Berprestasi, Lebih AI
gsmarena_015 (1)

HyperOS 2 juga menampilkan pelbagai ciri AI baharu seperti AI Magic Painting untuk imej dari lakaran, pengenalan suara AI, alatan AI untuk menulis, AI Terjemahan untuk pertemuan atau panggilan dengan sari kata dwi-bahasa, dan AI Anti-Penipuan untuk pengesanan panggilan palsu atau video manipulasi wajah.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/10/30143657/connect1_5.mp4

HyperOS 2 menyokong Wonderful Desktop 2.0, membolehkan pengguna menjalankan aplikasi di pelbagai peranti tanpa perlu memasang semula. Ia juga serasi dengan peranti Apple, memudahkan pemindahan fail dan akses kepada Mi Desktop pada Mac.

Kemas kini pertama akan diberikan pada bulan November untuk model terpilih seperti Xiaomi 14 dan Mix Fold 4 di China.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Apple Umum Mac mini Baharu - Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro, Saiz Lebih Kecil
  • Samsung Mungkin Gugurkan Penjenamaan 'Galaxy' Untuk Peranti Andalan
  • Kabel Thunderbolt 5 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399
  • Pengguna Instagram Kelak Boleh Tambah Foto, Video Dalam Siaran Yang Telah Dikongsi

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY