Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite

Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies, Inc. di acara Snapdragon Summit awal pagi tadi telah  memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 8 Elite Mobile Platform.

Malah mereka secara rasmi menamakan Xiaomi sebagai pengeluar telefon pintar pertama yang akan menggunakan cip terbaru itu menerusi siri Xiaomi 15.

xiaomi 15 snapdragon 8 elite

Qualcomm menyatakan, Snapdragon 8 Elite yang dibangunkan dengan teknologi CPU generasi kedua, Qualcomm Oryon, menjadikannya sebagai CPU mudah alih terpantas di dunia dengan kelajuan CPU maksimumnya mencapai 4.32 GHz.

Peranti akan menerima peningkatan prestasi CPU sebanyak 45% dan penambahbaikan kecekapan kuasa sebanyak 44%.

Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite

Qualcomm mendakwa ia mampu memberikan sehingga 27% penjimatan kuasa keseluruhan sekali gus memanjangkan masa permainan sehingga 2.5 jam.

Qualcomm memberitahu, Snapdragon 8 Elite akan menguasakan pelbagai peranti Android termasuk dari ASUS, Honor, iQOO, OnePlus, OPPO, realme, Samsung, vivo, Xiaomi dan banyak lagi yang telah bersedia untuk melancarkan peranti dengan cip terbaru ini dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY